Intensity and Duration (Intensiti & Durasi)
Untuk berjaya. Kita harus menetapkan matlamat. Setiap matlamat ada jalannya yang tersendiri. Dalam senaman, seperti larian di Tasik Shah Alam bersama kekasih, mahupun mencari kekasih, berbasikal, berenang dan sebagainya, 2 penanda aras ini adalah perkara yang AMAT penting tuntuk anda ketahui iaitu;
- Intensiti
- Durasi
Intensiti
- ianya merujuk kepada kadar denyutan nadi anda. Semakin tinggi denyutan nadi, maka tinggilah intensiti atau dengan kata lain, kadar kerja.
- Kadang kala, dengan meletak tekanan yang lebih pada tubuh (intensiti) bukanlah cara yang terbaik untuk mencapai matlamat latihan/senaman anda.
- 220-Umur. Ini adalah formula untuk mendapatkan kadar denyutan nadi maksimum untuk anda.
- Bacaan ini penting untuk memastikan anda berada di zon mana.
- Untuk memudah bacaan dan panduan senaman, gunakan jam yang boleh mngesan nadi etc.
- saya pasti ramai yang tertanya-tanya zon apakah yang saya merepek ini ?
Contoh.
Umur: 21
Age Predicted Heart Rate Maximum APHR: 220-21= 199 BPM
Kadar Intensiti (%)
50-59 | Amat Ringan
60-69 | Ringan
70-79| Sederhana
80-89 | Berat/Tinggi
90-100 | Maksimum
Contoh cara kiraan:
Ali, (21)sedang berlari mengejar isterinya, lalu berhenti dan mengira nadinya.
140/199 x 100 = 70% Sederhana
Durasi
- Durasi merujuk kepada tempoh senaman yang anda lakukan.
- Dalam sains sukan, Peluh dan ketiak yang masam bukanlah penentu segalanya.
- Tempoh senaman adalah penting kerana "reach this level, or you gain nothing'
- telah banyak kajian tentang durasi/tempoh masa dan kesannya terhadap sistem tubuh badan.
- Contoh: Lemak akan dibakar hanya selepas 25-30 minit sesi senaman dengan intesiti 60-69%. Jika kurang, tenaga yang digunakan diperolehi daripada simpana karbohidrat, bukanlah lemak.
- Pendek kata, jikan anda ingin membakar lemak, dan hanya 'jog' selama 15 minit. Maka peluh sahajalah yang ada dapat.
50-59 | Amat Ringan Tempoh| 20-40 Minit
60-69 | Ringan Tempoh| 40-80 Minit ZON PEMBAKARAN LEMAK, JENDUL PERUT
70-79| Sederhana Tempoh| 10-40 Minit
80-89 | Berat/Tinggi Tempoh| 2-10 Minit