Wednesday, May 4, 2011

R.I.C.E



Malang tidak berbau, tapi setelah malang berlaku,timbul la baunya. 'Life Is A Risk', and kita haruslah bersedia untuk menanganinya. Waahh, terabur sungguh bahasaku, inilah kesan English Education kata Usop Wilcarr. Setiap penyakit ada ubatnya.

Jika sesuatu kecederaan(Terseliuh/Lebam/Sprain & Strain) berlaku kepada anda, perkara yang utama ialah, JANGAN PANIK. Panik boleh menyebabkan anda melakukan lebih banyak kesilapan.

Berikut Merupakan Langkah yang perlu diambil.

R =Rest/Rehat
I =Ice/Ais
C =Compress/Tekanan
E =Elevate/Naikkan.. Naik ke mane ???

Rest/Rehat

Selep
as kecederaan berlaku, pastikan sesorang itu bebas daripada melakukan sebarang aktiviti fizikal terutamatanya aktiviti yang melibatkan anggota yang cedera. Jangan Degil, tapi kalau hendak diteruskan, silakan. Bahagian yang cedera akan mengmbil masa 2 kali ganda lebih lama untuk pulih.

Ice/Ais

Apabila
kecederaan berlaku pada sesuatu otot ataupun ligamen, kebiasaannya 'hematoma' akan berlaku, atau bahasa lain nya kembang. Permukaan yang tercedera itu kembang disebabkan saluran darah di bhagian itu pecah. Dalam kes tertentu, kita dapat perhatikan permukaan yang kembang bertukar warna menjadi kebiruan kegelapan(Biru Gelap :d).
Fungsi rawatan
Ais
  1. Meenghentikan Pengaliran Darah ke Kawasan yang cedera( Mengurangkan Kembang)
  2. Mengurangkan Rasa Sakit
  3. Mempercepat Proses Pemulihan
Kaedahnya senang, Menurut NASPE(National Association for Sport and Physical Education), ais hendaklah ditekapkan kepada bahagian yang cedera sekurang kurangnya dalam masa 72 jam selepas kecederaan. Tempoh masa antara rawatan pertama dan kedua dan seterusnya ialah 3 jam(3 jam Sekali).

Ais Hendaklah :
  1. Di balut, JANGAN TEKAP TANPA LAPIK/BALUT.(Menyebabkan Ice burn,merosakkan sel/tisu badan)
  2. Di tekap TIDAK lebih daripada 20 minit satu sesi.
Compress/Tekanan

Ia
nya berfungsi untuk
  1. Mengurangkan Kembang
  2. Mengurangkan Rasa Sakit

Gunakan elastic bandage/pembalut elastik kerana ia mampu memberikan tekanan yang lebih. Tapi harus di ingat, jangan terlalu ketat sehingga menggangu pengaliran darah ke otot otot yang lain.





ELEVATE/TINGGIKAN

Selesai
perkara diatas, rawatan diteruskan dengan meninggikan bahagian yang tercedera daripada arasa jantung. Fungsinya untuk mengurangkan perngaliran darah ke kawsan yang cedera.
Contoh, jika bahagian yang cedera ialah Gluteus Maximus atau bahasa indahnya PUNGGUNG , tinggikan punggung anda dari aras jantung. Entah Cemane entah ropenye...*Hanya untuk kecederaan ringan eg. Terseliuh & Lebam.

*Jika berterusan, *buat wasiat(*Eden Gurau Jo Ha) dan dapatkan nasihat Pakar.

WaAllhualam.....


JANTUNG (Part 1)



Jantung merupakan otot yang paling rajin di dalam sistem tubuh manusia. Memang rajin, dan tentutnya lebih rajin daripada kita. Sepanjang hayat manusia, jantung akan mengepam darah secara berterusan sehingga ke akhir hayat.

Ramai antara kita yang kurang sedar mengenai kepentingan unung membina kekuatan jantung. Seperti otot lain pada tubuh badan manusia, tumbesaran jantung boleh dirangsang melalui aktiviti senaman bercirikan aerobik(Aktiviti Memerlukan otot memperolehi bekalan oksigen). Latihan fizikal yang mencukupi boleh merangsang otot jantung untuk membesar, sekaligus jantung mampu mengepam dan membekalkan darah yang cukup kepda otot yang digunakan dengan pantas dalam sekali pam(B/PM).

Jantung yang sihat dan kuat seperti harimau, tidak memerlukan denyutan yang banyak untuk membekalkan darah ke otot. Semakin kurang denyutan nadi, semakin kuatlah/'efficient' jantung seseorang itu.. Atlet Profesional mempunyai kadar nadi rehat yang rendah, kebanyakannya kurang daripada 60 B/PM.

*Ingin mengira kadar nadi rehat anda??Nak Tahu??? Kira Sendiri.... Waktu yang paling baik untuk mengira kadar nadi rehat ialah ketika tidur, Kira nadi anda selama Seminit.


Kepentingan

Dalam aktiviti harian,
keadaan memerlukan kita untuk banyak melakukan pergerakan, setiap pergerakan semestinya memerlukan penggunaan otot yang mana otot merlukan darah(Oksigen,garam galian,pembuangan acid,tenaga(akan dibincangkan masa akan datang)).
Jantung hendaklah berada dalam keadaaan yang sihat agar aktiviti harian kita dapat dilakukakan dengan lebih bertenaga!!

Senaman yang berterusan boleh mengurangkan kadar lemak dan kolestrol yang berlebihan. Hal ini boleh mengurangkan risiko kepada pelaku daripada penyakit berkaitan jantung.

Seseorang
itu mungkin mempunyai badan yang sasa, dada yang besar, tapi bila jantung nya kecik(lemah)??
Faktor Kecergasan Jantung

  1. Latihan Fizikal(Aerobic Training)
  2. Pemakanan
  3. Gaya Hidup Sihat

Dalam Aspek Latihan Fizikal, sesorang perlu melakukan sesuatu senaman secara berterusan(Paling Kurang, 3 Kali Seminggu). Antara aktiviti yang sesuai unutk meningkatkan kecergasan jantung ialah
  • Jogging
  • Berbasikal
  • Berjalan Laju/Brist Walking*Sesuai untuk warga emas/ Golongan Muda Yang Malas
  • Berenang
Kepada pembaca yang sudah mempunyai jadual senaman mingguan, TAHNIAH!! Yang belum ? Tunggu apa lagi, Bermulalah sekarang..


Monday, May 2, 2011

Langkah Kesihatan

Setiap senaman mempunyai fungsi2 dan kebaikan yang tertentu untuk tubuh badan.
Senaman juga boleh dilakukan melalui pelbagai cara dan kaedah yang fungsi dan manfaatnya adalah sama.

Jantung merupakan aset penting dalam kesihatn tubuh badan manusia. Dalam kebanyakan sukan, salah satu elmen utama yang ditekankan ialah keupayaan jantung untuk mengepam darah dengan berksesan.

Kegiatan harian juga memerlukan kita mempunyai jantung yang sihat. ramai antara kita yang kurang mengambil berat tentang hal ini. Alasannya, merka tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman sedangkan banyak kaedah yang mudah dan tidak perlukan masa yang lama


Step Excercise.

  • perlatan
  1. Platform/Anak Tangga
  2. Pakaian sukan
  • Kaedah
  1. Naiki Platform/Anak tangga, dengan satu kaki, diikuti kaki berikutnya,jika.
  2. Kemudian Turun Dari platform(Lankah ke belakang, Turunkan kaki Seperti langkah pertama)
  3. Lakukan Selama 4-5 minit untuk setiap set.
  4. 1 sesi= 3 set , 1 set= 5 minit.
Lakukan senaman ini Paling kurang 3 hari sekali, InsyaAllah, kegiatan harian anda akan menjadi lebih bertenaga.

*
-Kadar Latihan boleh ditingkatkatn, bergantung kepada tahap kesihatan seseorang


Sebarang Pertanyaan adalah Dialu alukan.