Thursday, January 26, 2012

Tips Untuk Latihan Fizikal (Detraining)

Gambar Hiasan

              


               Yes, sedar tidak sedar, usia kita sudah bertambah sehari. Begitu juga dengan tubuh badan kita. Semakin hari Semakin tuo, sodar la oi. Untuk Mngekalkan keramajan fizikal anda, selalu selalu la besenam. Kali ini aku nak kongsi sikit, apa yang aku blajar iaitu mengenai Detraining Effect. 'De' ni kirenye kurang la kan. Jadi, apa yang akan berlaku bilo hang Isnin hang jogging berbatu2, the berminggu minggu kemudian barulah joging balik.

Sebab Detraining:
  1. Otot korang yang berketol tu kurang digunakan. (Intensity kurang)
  2. Penyakit 
  3. Pemakanan
 

               Untuk skop latihan aerobik, contohnya LSD ( Long Slow distance ), aerodance DLL. Kesan detraining akan mula berlaku hanya 24-48 jam selepas tempoh latihan. Tapi harus ingat, setiap orang kemampuan fizikalnya lain2. Untuk high performance atlit, kesan nya tidak begitu ketara. Tapi kita ?? Naik tangga pun dah sekian.
             
               Untuk latihan berat ( weight training ) Biceps or triceps yang hangpa dok banggakan tu, akan melalui proses detraining selepas 48-72 jam. Jadi, tanpa latihan susulan, kecut balik la muscle tu.

               Kesannya ?? Use it or lose it, anda berlatih 2-3 tahun untuk sampai ke tahap itu, pastu ribut xdok, angin xdok, tiba berhenti trus. Tisu tisu otot anda yang bertahun tahun anda latih, akan berkurang atau lebih terok boleh hilang trus Atrophy Effects.

Kesan Atrophy?Deconditoning/Detraining:

  1. Kapilari darah pada otot akan berkurangan
  2. Lemak akan mula mebiak dan anda akan mula tejebak dengn industri pntrnakn lemak.
  3. Mitochondria pada otot anda akan mula berkurang ( ATP power house )
  4. Kurang cergas
  5. Mudah bersa lesu 
  6. DLL.

               Pastinya kehidupan seharian hangpa akan tergganngu, dah kurang cergas.  Rugi Tak ?? time universiti berketol2 badan, orang jogging 20 minit, kite jogging 20 hari tanpa henti. Pastu berenti terus. Akhirnya, Orang jogging 20 minit kita 2 langkah, naik tangga termengah mengah, tengok perut lanjut ke bawah. Macam aku. haha. Jangan jadi macam aku. Nak kembalikan balik kepada kemampuan fizikal kita , ambil masa yang lama. RuGI ???

              Jadi aku nasihat korang, kalau boleh time g kelas tu, berlari naik tangga, buat boleh 2-3 kali naik turun. Baru masuk kelas. Baru bersemangat ketiak peloh2 masuk kelas. Feeling siot nak blajo. : )) .

Selamat beramal...

P/S: Pastikan dunia akhirat, seimbang. Baru selamat.

 Besi diangkat,
Mulut bermunajat, 
Selamat dunia akhirat.


**InsyaAllah, saya akan lanjutkan lagi topik ini untuk penerangan yang lebih jelas dan peringatan bersama.