Pages

Wednesday, October 3, 2018

CERTOT: KEPENTINGAN BERSUCI


Bahang panas mentari semakin kuat dirasai, sesekali Hamid mengelap peluh jantannya menggunakan hujung bajunya. Masih luas lagi tanah yang perlu dia bersihkan untuk menanam semula anak-anak pisang yang baru dibelinya. Matahari semakin tegak di langit, tidak lama selepas itu, azan zohor pun berkumandang lalu hamid duduk bersandar pada sebatang pokok.

                  Sayup-sayup kelihatan anaknya Jali sedang asyik berenang-renang di anak sungai  Anaknya Jali baru berumur 8 tahun. Seorang yang bijak, dan rajin membantu dan menemani Hamid ketika di kebun Pisangnya. Sedang Jali tersengguk-senguk menahan kepenatan daripada melelapkan matanya, Hamid tiba tersentak mendengar jeritan Jali dari tali air “Ayah !! Ayah !! Tolong” … Hamid pantas bangun dan terus berlari keaarah anak sungai dimana anaknya Jali sedang berenang… sampai sahaja di tebing, Hamid terkejut melihat Air yang mengalir begitu deras. Hamid berlari pantas menyusuri tebing tali air untuk mendapatkan anaknya sambal memegang sebatang kayu sambal mulutnya tidak henti-hent berdoa kepada Allah agar anaknya dapat diselamatkan. Sesekali kepala jail tenggelam timbul di permukaan air membuatkan Hamid semakin pantas berlari. Akhirnya Hamid Berjaya menghulurkan dahan kayu itu kepada Jali. Jali pantas memaut tangannya pada dahan kayu yang dihulurkan ayahnya… “Prapp” , dahan kayu itu patah, Jali terus hanyut dibawa kepala air dan Hamid pula terjatuh selepas pautan anaknya hamid itu terlepas.


Hamid bingkas untuk bangun semula, namun setelah dia bangun. Anaknya tidak lagi kelihatan. Hamid menangis denga sekuat hati memikirkan nasib anaknya sambal mengesat air matanya. Tapi dia pelik, kenapa air matanya berbau begitu busuk dan hancing, lalu dia mendongak ke atas pokok. “ Cilaka kau kero, tiada tempat lain ka kau mau kencing, Natey kero hanying” sumpah Hamid sekuat hati. “Allah, aku bermimpi rupanya”. Mungkin kerana terlalu letih bekerja, Hamid terlupa untuk mandi wajib lantas menjadi tumpuan pada syaitan-syaitan untuk menggangu hidupnya.

No comments:

Post a Comment