Pada petang yang hening, cuaca redup menambah kelemauan di waktu petang. Jam Sudah menunjukkan 2.50 PM, janji mesti dikota untuk perjumpaan Kem LOPO. Turun lalu menghidupkan suis motosikal. Gear dimasukkan, namun sebelum itu kelihatan gadis jiran sebelah rumah baru sahaja keluar daripada kereta bondanya.
Tidak semena mena tangan ku dengan ghairah terus memulas Throtle sambil " Tengok, laju x sy bwk pakcik ?" dan beberapa saat selepas itu di persimpangan sebuah motosikal keluar ibarat tanpa arah tujuan dan dengan selamba melihat ke arah lain.
Jalan yang sempit melindungi kelibat motornya dan hanya tinggal 3 meter untuk brek pada kelajuan 60 km/h lalu aku menyediakan diri untuk Impak. Tayar depan ku melannggar tayarnya. Alhamdulillah dia tidak apa2. Namun aku terus terbang kesan Inertia. Waktu berlalu begitu pantas, Terlantar di atas jalan meminta ampun pada Nya. Alhamdulillah. Aku bersyukur atas peringatan Mu Ya Allah.
'DI saat kau rasa lebih dari orang lain, bersedialah untuk menerima balasan ALLAH'.
No comments:
Post a Comment