Pages

Friday, November 2, 2012

Tips Senaman Buang Lemak




Arus modenisasi masa kini menyebabkan sebahagian daripada kita lupa untuk memastikan kesihatan kita berada pada tahap yang sepatutnya. Saya tertarik untuk berkongsi secebis informasi untuk kita bersama mengenai kesan latihan kita terhadap perubuhan Fisiologi tubuh badan. 

Terdapat 2 jenis cara tenaga dihasilkan
  • Anaerobik( tidak memerlukan Oksigen)
  • Aerobik(Memerlukan Oksigen)

Entry kali ini kita akan bincangkan mengenai senaman aerobic (Bukan senamrobik)

Terdapat 2 jenis perubahan yg akn berlaku iaitu 'acute'(masa pendek) n 'Chronic'/(masa panjang)

  • Acute
Simptom2 mengenai perubahan acute adalah rasa tegang pada otot2 yang berkaitan. Ini disebabkan pengumpulan bendalir seperti asid laktik.

  • Chronic
Perubahan Chronic adalah isu utama yang saya ingin bincangkan pada entry kali ini. Perubahan ini akan meningkatkan lagi tahap kesihatan kita JIKA sesi senaman yg berterusan kita amalkan.

1. Kesan daripada peningkatan permintaan tenaga eg. Otot pada kaki(Gastrocnemius, Hamstring, Quadriceps) yang lebih tinggi, otot kita akan menambah baik sistem bekalan tenaga pada otot itu. Keasnnya, otot kita mampu meguruskan dan menghasilkan tenaga dengan lebih baik. 
  • Kajian menunjukkan latihan yang berterusan akan meningkat keupayan tubuh untuk memproses glukos dalam badan sekaligus mampu mengurangkan risiko penyakit Kencing Manis dan sewaktu dengan nya.


2. Seperti yg telah Dibincangkan, senaman aerobik memerlukan Oksigen untuk penghasilan tenaga, JANTUNG memainkan peranan penting untuk mengepam darah yg beroksigen kepada otot. Latiha/senaman yang dirangka dengan baik, akan memberikan kesan yang optimum kepada Jantung. 
  • Jantung juga adalah otot, melalui senaman yang betul dan berterusan,ia mampu menguatkan otot jantung.
  • Ibarat Kerja sikit, dapatnya banyak, Jantung yang kuat mampu mngepam lebih banyak darah dalam satu denyutan.
  • Banyak kes yang mati mengejut ketika beraktiviti "high intensity"(Futsal,Badminton) disebabkan ketidakupayaan jantung untuk mnyalurkan darah dengan sistematik. Demand > Supply.


Ada bnyak lagi prubahan,namun begitulah serba sedikit yang mampu saya kongsikan.

Yang kurang, harap Tambahkan.
Yang salah, Tegurkan.
Yang baik kita Amalkan,
yang jahat, kita Pulaukan.

No comments:

Post a Comment