Pages

Tuesday, November 27, 2012

TIPS BUANG LEMAK (CV Training)




Intensity and Duration (Intensiti & Durasi)


Untuk berjaya. Kita harus menetapkan matlamat. Setiap matlamat ada jalannya yang tersendiri. Dalam senaman, seperti larian di Tasik Shah Alam bersama kekasih, mahupun mencari kekasih, berbasikal, berenang dan sebagainya, 2 penanda aras ini adalah perkara yang AMAT penting tuntuk anda ketahui iaitu;

  1. Intensiti
  2. Durasi
Intensiti
  • ianya merujuk kepada kadar denyutan nadi anda. Semakin tinggi denyutan nadi, maka tinggilah intensiti atau dengan kata lain, kadar kerja.
  • Kadang kala, dengan meletak tekanan yang lebih pada tubuh (intensiti) bukanlah cara yang terbaik untuk mencapai matlamat latihan/senaman anda. 
  • 220-Umur. Ini adalah formula untuk mendapatkan kadar denyutan nadi maksimum untuk anda.
  • Bacaan ini penting untuk memastikan anda berada di zon mana. 
  • Untuk memudah bacaan dan panduan senaman, gunakan jam yang boleh mngesan nadi etc.
  • saya pasti ramai yang tertanya-tanya zon apakah yang saya merepek ini ? 
Contoh.

Umur: 21
Age Predicted Heart Rate Maximum APHR: 220-21= 199 BPM

Kadar Intensiti (%)

50-59 | Amat Ringan
60-69 | Ringan
70-79| Sederhana
80-89 | Berat/Tinggi
90-100 | Maksimum

Contoh cara kiraan: 

Ali, (21)sedang berlari mengejar isterinya, lalu berhenti dan mengira nadinya.

140/199 x 100 = 70%  Sederhana 

Durasi
  • Durasi merujuk kepada tempoh senaman yang anda lakukan. 
  • Dalam sains sukan, Peluh dan ketiak yang masam bukanlah penentu segalanya.
  • Tempoh senaman adalah penting kerana "reach this level, or you gain nothing'
  • telah banyak kajian tentang durasi/tempoh masa dan kesannya terhadap sistem tubuh badan. 
  • Contoh: Lemak akan dibakar hanya selepas 25-30 minit sesi senaman dengan intesiti 60-69%. Jika kurang, tenaga yang digunakan diperolehi daripada simpana karbohidrat, bukanlah lemak. 
  • Pendek kata, jikan anda ingin membakar lemak, dan hanya 'jog' selama 15 minit. Maka peluh sahajalah yang ada dapat. 

50-59 | Amat Ringan       Tempoh| 20-40 Minit
60-69 | Ringan                Tempoh| 40-80 Minit  ZON PEMBAKARAN LEMAK, JENDUL PERUT
70-79| Sederhana           Tempoh| 10-40 Minit
80-89 | Berat/Tinggi        Tempoh| 2-10 Minit
90-100 | Maksimum        Tempoh| Kurang dari 5 Minit







No comments:

Post a Comment