Malang tidak berbau, tapi setelah malang berlaku,timbul la baunya. 'Life Is A Risk', and kita haruslah bersedia untuk menanganinya. Waahh, terabur sungguh bahasaku, inilah kesan English Education kata Usop Wilcarr. Setiap penyakit ada ubatnya.
Jika sesuatu kecederaan(Terseliuh/Lebam/Sprain & Strain) berlaku kepada anda, perkara yang utama ialah, JANGAN PANIK. Panik boleh menyebabkan anda melakukan lebih banyak kesilapan.
Berikut Merupakan Langkah yang perlu diambil.
R =Rest/Rehat
I =Ice/Ais
C =Compress/Tekanan
E =Elevate/Naikkan.. Naik ke mane ???
Rest/Rehat
Selepas kecederaan berlaku, pastikan sesorang itu bebas daripada melakukan sebarang aktiviti fizikal terutamatanya aktiviti yang melibatkan anggota yang cedera. Jangan Degil, tapi kalau hendak diteruskan, silakan. Bahagian yang cedera akan mengmbil masa 2 kali ganda lebih lama untuk pulih.
Ice/Ais
Apabila kecederaan berlaku pada sesuatu otot ataupun ligamen, kebiasaannya 'hematoma' akan berlaku, atau bahasa lain nya kembang. Permukaan yang tercedera itu kembang disebabkan saluran darah di bhagian itu pecah. Dalam kes tertentu, kita dapat perhatikan permukaan yang kembang bertukar warna menjadi kebiruan kegelapan(Biru Gelap :d).
Fungsi rawatan Ais
- Meenghentikan Pengaliran Darah ke Kawasan yang cedera( Mengurangkan Kembang)
- Mengurangkan Rasa Sakit
- Mempercepat Proses Pemulihan
Ais Hendaklah :
- Di balut, JANGAN TEKAP TANPA LAPIK/BALUT.(Menyebabkan Ice burn,merosakkan sel/tisu badan)
- Di tekap TIDAK lebih daripada 20 minit satu sesi.
Ianya berfungsi untuk
- Mengurangkan Kembang
- Mengurangkan Rasa Sakit
Gunakan elastic bandage/pembalut elastik kerana ia mampu memberikan tekanan yang lebih. Tapi harus di ingat, jangan terlalu ketat sehingga menggangu pengaliran darah ke otot otot yang lain.
ELEVATE/TINGGIKAN
Selesai perkara diatas, rawatan diteruskan dengan meninggikan bahagian yang tercedera daripada arasa jantung. Fungsinya untuk mengurangkan perngaliran darah ke kawsan yang cedera.
Contoh, jika bahagian yang cedera ialah Gluteus Maximus atau bahasa indahnya PUNGGUNG , tinggikan punggung anda dari aras jantung. Entah Cemane entah ropenye...*Hanya untuk kecederaan ringan eg. Terseliuh & Lebam.
*Jika berterusan, *buat wasiat(*Eden Gurau Jo Ha) dan dapatkan nasihat Pakar.
WaAllhualam.....
No comments:
Post a Comment