Pages

Wednesday, May 4, 2011

JANTUNG (Part 1)



Jantung merupakan otot yang paling rajin di dalam sistem tubuh manusia. Memang rajin, dan tentutnya lebih rajin daripada kita. Sepanjang hayat manusia, jantung akan mengepam darah secara berterusan sehingga ke akhir hayat.

Ramai antara kita yang kurang sedar mengenai kepentingan unung membina kekuatan jantung. Seperti otot lain pada tubuh badan manusia, tumbesaran jantung boleh dirangsang melalui aktiviti senaman bercirikan aerobik(Aktiviti Memerlukan otot memperolehi bekalan oksigen). Latihan fizikal yang mencukupi boleh merangsang otot jantung untuk membesar, sekaligus jantung mampu mengepam dan membekalkan darah yang cukup kepda otot yang digunakan dengan pantas dalam sekali pam(B/PM).

Jantung yang sihat dan kuat seperti harimau, tidak memerlukan denyutan yang banyak untuk membekalkan darah ke otot. Semakin kurang denyutan nadi, semakin kuatlah/'efficient' jantung seseorang itu.. Atlet Profesional mempunyai kadar nadi rehat yang rendah, kebanyakannya kurang daripada 60 B/PM.

*Ingin mengira kadar nadi rehat anda??Nak Tahu??? Kira Sendiri.... Waktu yang paling baik untuk mengira kadar nadi rehat ialah ketika tidur, Kira nadi anda selama Seminit.


Kepentingan

Dalam aktiviti harian,
keadaan memerlukan kita untuk banyak melakukan pergerakan, setiap pergerakan semestinya memerlukan penggunaan otot yang mana otot merlukan darah(Oksigen,garam galian,pembuangan acid,tenaga(akan dibincangkan masa akan datang)).
Jantung hendaklah berada dalam keadaaan yang sihat agar aktiviti harian kita dapat dilakukakan dengan lebih bertenaga!!

Senaman yang berterusan boleh mengurangkan kadar lemak dan kolestrol yang berlebihan. Hal ini boleh mengurangkan risiko kepada pelaku daripada penyakit berkaitan jantung.

Seseorang
itu mungkin mempunyai badan yang sasa, dada yang besar, tapi bila jantung nya kecik(lemah)??
Faktor Kecergasan Jantung

  1. Latihan Fizikal(Aerobic Training)
  2. Pemakanan
  3. Gaya Hidup Sihat

Dalam Aspek Latihan Fizikal, sesorang perlu melakukan sesuatu senaman secara berterusan(Paling Kurang, 3 Kali Seminggu). Antara aktiviti yang sesuai unutk meningkatkan kecergasan jantung ialah
  • Jogging
  • Berbasikal
  • Berjalan Laju/Brist Walking*Sesuai untuk warga emas/ Golongan Muda Yang Malas
  • Berenang
Kepada pembaca yang sudah mempunyai jadual senaman mingguan, TAHNIAH!! Yang belum ? Tunggu apa lagi, Bermulalah sekarang..


1 comment: