Pages

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

JANTUNG (Part 1)



Jantung merupakan otot yang paling rajin di dalam sistem tubuh manusia. Memang rajin, dan tentutnya lebih rajin daripada kita. Sepanjang hayat manusia, jantung akan mengepam darah secara berterusan sehingga ke akhir hayat.

Ramai antara kita yang kurang sedar mengenai kepentingan unung membina kekuatan jantung. Seperti otot lain pada tubuh badan manusia, tumbesaran jantung boleh dirangsang melalui aktiviti senaman bercirikan aerobik(Aktiviti Memerlukan otot memperolehi bekalan oksigen). Latihan fizikal yang mencukupi boleh merangsang otot jantung untuk membesar, sekaligus jantung mampu mengepam dan membekalkan darah yang cukup kepda otot yang digunakan dengan pantas dalam sekali pam(B/PM).

Jantung yang sihat dan kuat seperti harimau, tidak memerlukan denyutan yang banyak untuk membekalkan darah ke otot. Semakin kurang denyutan nadi, semakin kuatlah/'efficient' jantung seseorang itu.. Atlet Profesional mempunyai kadar nadi rehat yang rendah, kebanyakannya kurang daripada 60 B/PM.

*Ingin mengira kadar nadi rehat anda??Nak Tahu??? Kira Sendiri.... Waktu yang paling baik untuk mengira kadar nadi rehat ialah ketika tidur, Kira nadi anda selama Seminit.


Kepentingan

Dalam aktiviti harian,
keadaan memerlukan kita untuk banyak melakukan pergerakan, setiap pergerakan semestinya memerlukan penggunaan otot yang mana otot merlukan darah(Oksigen,garam galian,pembuangan acid,tenaga(akan dibincangkan masa akan datang)).
Jantung hendaklah berada dalam keadaaan yang sihat agar aktiviti harian kita dapat dilakukakan dengan lebih bertenaga!!

Senaman yang berterusan boleh mengurangkan kadar lemak dan kolestrol yang berlebihan. Hal ini boleh mengurangkan risiko kepada pelaku daripada penyakit berkaitan jantung.

Seseorang
itu mungkin mempunyai badan yang sasa, dada yang besar, tapi bila jantung nya kecik(lemah)??
Faktor Kecergasan Jantung

  1. Latihan Fizikal(Aerobic Training)
  2. Pemakanan
  3. Gaya Hidup Sihat

Dalam Aspek Latihan Fizikal, sesorang perlu melakukan sesuatu senaman secara berterusan(Paling Kurang, 3 Kali Seminggu). Antara aktiviti yang sesuai unutk meningkatkan kecergasan jantung ialah
  • Jogging
  • Berbasikal
  • Berjalan Laju/Brist Walking*Sesuai untuk warga emas/ Golongan Muda Yang Malas
  • Berenang
Kepada pembaca yang sudah mempunyai jadual senaman mingguan, TAHNIAH!! Yang belum ? Tunggu apa lagi, Bermulalah sekarang..


Monday, May 2, 2011

Langkah Kesihatan

Setiap senaman mempunyai fungsi2 dan kebaikan yang tertentu untuk tubuh badan.
Senaman juga boleh dilakukan melalui pelbagai cara dan kaedah yang fungsi dan manfaatnya adalah sama.

Jantung merupakan aset penting dalam kesihatn tubuh badan manusia. Dalam kebanyakan sukan, salah satu elmen utama yang ditekankan ialah keupayaan jantung untuk mengepam darah dengan berksesan.

Kegiatan harian juga memerlukan kita mempunyai jantung yang sihat. ramai antara kita yang kurang mengambil berat tentang hal ini. Alasannya, merka tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman sedangkan banyak kaedah yang mudah dan tidak perlukan masa yang lama


Step Excercise.

  • perlatan
  1. Platform/Anak Tangga
  2. Pakaian sukan
  • Kaedah
  1. Naiki Platform/Anak tangga, dengan satu kaki, diikuti kaki berikutnya,jika.
  2. Kemudian Turun Dari platform(Lankah ke belakang, Turunkan kaki Seperti langkah pertama)
  3. Lakukan Selama 4-5 minit untuk setiap set.
  4. 1 sesi= 3 set , 1 set= 5 minit.
Lakukan senaman ini Paling kurang 3 hari sekali, InsyaAllah, kegiatan harian anda akan menjadi lebih bertenaga.

*
-Kadar Latihan boleh ditingkatkatn, bergantung kepada tahap kesihatan seseorang


Sebarang Pertanyaan adalah Dialu alukan.