Bondaku,
Tika hidumu, tiada aku mengemberikanmu,
Tika hidupmu, tiada aku menghiburkanmu,
Tika hidupm, tiada aku menyenangkanmu,
Tika hidupmu, tiada aku mendatangkan apa apa melainkan kesedihan buatmu.
Bondaku,
Tidak terperi jasamu,
9 bulan 9 hari ku menumpang di rahimmu,
Segenap usia kau membesarkanku,
Namun, walau sehari, tiada gembira ku bawa padamu.
Bondaku,
Banyak duka ku bawa padamu,
Namun tiada kataku yang menghilangkan kasih sayangmu,
Bondaku,
Bondaku,
Banyak duka ku bawa padamu,
Namun tiada perbuatanku yang menghalang kemaafanmu,Bondaku,
Dikala aku kesedihan, kaulah yang memujukku,
Diakala aku kesakitan, kaulah yang sentiasa menemaniku,
Namun,
Dikala kau kesakitan, dimanakah aku ?
Aku jauh beribu batu,
Tiada aku paling padamu,
Aku hanya diam membatu.
Ketika aku kegembiraan, tiada aku ingat padamu,
Aku hanya hidup atas apa yang aku mahu, semata-mata nafsu.
Bondaku,
Tiada lagi susuk tubuhmu yang dapat ku dakap,
Tiada lagi petahmu yang dapat ku semat,
Tiada lagi wajahmu yang dapat ku tatap,
Hanya gambar dan ingatanku padamu menjadi pengubat.
Bondaku,
Aku amat rindukan kamu,
Tiada apa yang dapat mengembalikan kamu.
Hanya doaku yang mengiringi pemergianmu.
Bondaku,
Maafkanlah anakmu.
Hargailah kedua ibu bapamu, bahagiakan kedua ibu bapamu.
InsyaAllah, selamat dunia akhirat.
P/s: Ini bukan luahan anak zirafah :P
No comments:
Post a Comment