Pages

Tuesday, December 1, 2009

Al-Fatihah

Ayah maut, dua anak parah

MACHANG - Seorang lelaki, Ahmad Faiza Ab. Fatah, 41, meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta dipandunya merempuh treler yang merentang jalan di Kilometer 40.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini, kelmarin.

Ahmad Faiza dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama lima ahli keluarga yang lain sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut kira-kira jam 9.30 malam.

Turut cedera parah dalam kejadian tersebut, dua anak mangsa, Nur Auni Haziqah, 2 dan Muhammad Haziq Hafizuddin, 8.:

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, mangsa yang tersepit dan cedera parah di dada meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua anaknya, masing-masing cedera di bahagian muka dan keseluruhan badan.

"Mangsa dan keluarga yang berasal daripada Kampung Pengkalan Kubur, Salor dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum merempuh sebuah treler yang merentangi jalan untuk ke laluan utama (laluan Kuala Krai-Kota Bharu).

"Treler tersebut berhenti di bahu jalan (Kota Baru-Kuala Krai) dan cuba melintas jalan untuk ke laluan utama (Kuala Krai-Kota Bharu) ketika kejadian," katanya.

Che Malek berkata, tiga mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Katanya, kes akan disiasat dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tinjauan Sinar Harian mendapati jalan tersebut agak gelap dan memerlukan lampu jalan bagi mengurangkan indeks kemalangan jalan raya.


Selama ini , bile tngok kmlngn maut dlm news , ok je , tapi skang , bile dah kerbat sendiri, barulah rase peritnye, Moga2 Allah tmpat kan rohnya dlm klngn org beriman. Amin...

No comments:

Post a Comment