Jun , June , Yuna , kola 1994 ... Bulan dan tahun yang mana bapak aku mula berkhidmat di IPGM Miri atau nama glamournya , Maktab Perguruan Sarawak. Pada masa itu , kalau ade dah lagu Faizal Taher Gemuruh jiwa, aku rasa pasti ayahku akan menyanyikan lagu itu sepanjang perjalanan ke bumi bertuah Miri Sarawak diringi oleh pramugari dan pramugaram MAS sebagai penyanyi latar dan juga derai tangisku yang tidak tahan mendgar bunyi enjin kapal tebang seakan keldai itu. Jaoh perjalanan , luas pemandangan , hakikatnya pada masa itu , masih ramai rakyat Malaysia yang berada di semenanjong mempunyai pandangan yang berbeza mengenai negeri2 di borneo , itulah yang menjadi matlamat ayahku , ingin melihat Bumi Sarawak dengan lebih dekat sekali gus melunak-lunakkan spekulasi mengenai Sarawak.
Kedatangan kami sekeluarga ke miri disambut dngn penuh gilang gemilang, pertunjukan bunga api , kompang , tarian naga,tarian singa dan tidak kurang juga tarian tengiling yang semuanya hanyalah karut marut belaka. Kembali ke pangkal jalan. Teratak pertama kami terletak di dalam kawasn kampus, No 7 quaters penysarah , Maktab Perguruan Sarawak Miri. Selama tujuh tahun beradu di rumah itu, banyak kenangan pahit manis masam masin payau mcm2 rasa yang berlaku yang semuanya seakan begitu perit untuk dilupakan. Bnyak perkara yang aku pelajari di tempat tumbesaran ku itu, Bahasa Sarawak. Ibarat kata pepatah , berenang2 dahulu , berakit rakit kemudian , kalau makan bahulu , jngn lupe org kemudian.
A thousand mile journey begin with a single step, aku juga mengasah kemahiranku sebagai nelayan parit longkang di tepi rumah , sebut sahajalah parit mana , semua pernah ku jelajahi. Minatku terhadap sukan memancing parit longkang begitu mendalam . Untuk membuktikan nya , Al- kisah aku bru balek mengaji , tak naek rumah pun, trus trun ke parit untuk memancing ikan demi mencari sesuap nasi berbau longkang . Selain itu , minat aku dalam sukan berbasikal juga ku asah di kawasan itu, untuk melengkapkan pengajian ku , aku perlu menyebragi longkang itu mengunakan basikal melalui jmbatan kecil itu , namun , malang memang berbau , cubaan ku itu gagal lantas aku dan basikalku jatuh menjunam kedalam longkang, sungguh berbau .
Tempat pendidikan formalku yang pertama ialah sedidik, yang ketika itu terletak di kampung Luak , di situlah aku memulakan pelajaran mengoratku walaupun aku kerap kali gagal matapelajaran itu . Kemudian , aku teruskan lagi pengjianku dalam bidang Tadika di Maktab Perguruan Sarawak, ramai kenalan yang bermula dari tadika itu masih berkekalan hingga sekarang dan InsyaAllah moga2 berterusan hingga ke akhir hayat. Antara seteru utama ku pada masa itu , Lokman Alhakim , Arif , A'a, Noregha ema , alyn , kujai yang mungkin jika disebut semuanya sampai tahun depan, itupun baru 50% nama yang disebut.
Masa berlalu seperti the flash , memang pantas , aku meneruskan pula pengajian ku Di Sk Kampung Luak , yang manapada tahun 1 , ibuku terpaksa bersekolah sekali denganku selama 1 bulan, kerna jika ibuku tiada , berlinang la aer mataku , sungguh memalukan. Kanak2 , begitu naif, pernah sekali aku tidak mahu turun ke sekolah kerna gentar akan amaran guruku , "ingat , kalau xda buku esok , cikgu gantong kat kipas' . Bercurah curah lah air mataku ke ladang gandum. Di sekolah itu jugalah aku beljar ilmu perniagaan buat pertama kali , dengan mengalas nasi lemak air tangan ibuku , berpusu orang datng membeli. 3 kilometer orang berbaris. Abg sulong ku , Hosni pada ketika itu baru menamatkan pengajian nya di tingkatan 5 , abg keduaku arif tingkatan satu dan kkak ku gajah lima, ooopsss , tersasul. bukan ibarat 5 ekor gajah , darjah lima . Antara guru yang berkesan di hatiku , Cikgu Fatimah , Cikgu Ikmal , Cikgu Asyikin , Cikgu Lu , CIkgu Chong yang kebanyakannya mengajar aku dari darjah 1-6 ,
Pada Darjah lima , aku mengakhiri zaman 'kulit hujongku' , untuk membolehkan aku Saf bersama org yang lebih Tua di Tanah Suci Makkah, Alhamdulillah , berkat penat lelah ayahku , beliau berjaya membawa kami adik beradik ke Tanah suci itu. Apa yang paling menarik , aku boleh jejakkan kakiku ke Arab Saudi , for free. Syarikat Kendalian saudara Muhammad . May Allah bless him.
Tahun 2003 , darjah enam , mencatatkan era aku bermula memakai seluar dalam , trimas kasih atas sahabatku yang menyedarkan aku kepentingn seluar dalam , dia menarik sluarku dikhalayak permpuan cantek. Berkhirla era skolah rendah.
2004 , Bermulalah pengajianku di SMK Agama Miri . 1 Al-Alim , 2 Az-Zaki , 3 Az-zaki . 4 Ar-rasyid , 5 Al. rougrat .Masa Berlalu begitu pantas , kepada kanak-kanak yang maseh bersekolah , ingat , sesukar manapun hidpumu masa bersekolah, masa itulah yang akan sentiasa dikenang.
( Men At WOrK )