Pages

Wednesday, October 3, 2018

BAKAR LEMAK DEGIL ANDA DENGAN CEPAT


BISMILLAH

Hari ini aku ingin berkongsi salah satu teknik senaman yang terbukti berkesan untuk MEMBAKAR LEMAK & MEBINA OTOT DENGAN CEPAT serta MENINGKATKAN DAYATAHAN KARDIOVASKULAR. 

 
         Teknik senaman yang aku maksudkan ialah High Intensity Interval Training. Senaman ini amat berkesan untuk mempercepatkan penurunan lemak. Namun harus ingat, pemakan. Ciri-ciri teknik senaman ini adalah seperti berikut:
  1. Teknik ini memerlukan individu yang berminat/pura-pura minat/pura-pura berkeinginan untuk melakukan sesuatu aktiviti senaman dengan intensiti yang tinggi. ---- Contoh mudah, jika berlari, berlari sekuat hati, membuat "lunges" lunges dengan cepat. 
  2. Aktiviti senaman yang dilakukan, "lunges' contohnya. perlu dibuat dengan cepat, dengan bilangan yang sehabis tinggi kita boleh buat. bukat buat sampai kiamat, ada tempoh masa yang diperuntukkan. Contohnya, Lunges selama 30 saat, buatlah sehabis mampu.
  3. Interval bermaksud, tempoh rehat yang diperuntukkan antara jenis senaman yang kita lakukan.
Untuk Memahami denga lebih mudah, berikut merupakan contoh program latihan HIIT. 

<>Slow Jog 30-45 Saat >>>> Berlari pantas 30-35 Saat (round 1) >>>> Slow Jog 30-45 Saat >>>> Berlari pantas 30-35 Saat (round 2)  >>>> Slow Jog 30-45 Saat.... dan seterusnya. lakukan sebanyak 4-5 round untuk satu set. 

**Gantikan sahaja senaman yang anda gemari, contohnya jika anda ingin melakukan "High Knee", gantikan slow jog dengan rehat dan berlari pantas dengan "High Knee".


<>Ini merupakan contoh yang sedikit dalam banyak2 contoh. terdapat banyak variasi latihan yang boleh dipadankan dengan HIIT ini. antaranya 

  • Lunges
  • Jumping Jack
  • Crunches
  • Toe Touch
  • Push Up 
  • High Knee
  • Sebut sahaja jenis senaman, lakukan dengan pantas selama 30 saat!!! 




CERTOT: KEPENTINGAN BERSUCI


Bahang panas mentari semakin kuat dirasai, sesekali Hamid mengelap peluh jantannya menggunakan hujung bajunya. Masih luas lagi tanah yang perlu dia bersihkan untuk menanam semula anak-anak pisang yang baru dibelinya. Matahari semakin tegak di langit, tidak lama selepas itu, azan zohor pun berkumandang lalu hamid duduk bersandar pada sebatang pokok.

                  Sayup-sayup kelihatan anaknya Jali sedang asyik berenang-renang di anak sungai  Anaknya Jali baru berumur 8 tahun. Seorang yang bijak, dan rajin membantu dan menemani Hamid ketika di kebun Pisangnya. Sedang Jali tersengguk-senguk menahan kepenatan daripada melelapkan matanya, Hamid tiba tersentak mendengar jeritan Jali dari tali air “Ayah !! Ayah !! Tolong” … Hamid pantas bangun dan terus berlari keaarah anak sungai dimana anaknya Jali sedang berenang… sampai sahaja di tebing, Hamid terkejut melihat Air yang mengalir begitu deras. Hamid berlari pantas menyusuri tebing tali air untuk mendapatkan anaknya sambal memegang sebatang kayu sambal mulutnya tidak henti-hent berdoa kepada Allah agar anaknya dapat diselamatkan. Sesekali kepala jail tenggelam timbul di permukaan air membuatkan Hamid semakin pantas berlari. Akhirnya Hamid Berjaya menghulurkan dahan kayu itu kepada Jali. Jali pantas memaut tangannya pada dahan kayu yang dihulurkan ayahnya… “Prapp” , dahan kayu itu patah, Jali terus hanyut dibawa kepala air dan Hamid pula terjatuh selepas pautan anaknya hamid itu terlepas.


Hamid bingkas untuk bangun semula, namun setelah dia bangun. Anaknya tidak lagi kelihatan. Hamid menangis denga sekuat hati memikirkan nasib anaknya sambal mengesat air matanya. Tapi dia pelik, kenapa air matanya berbau begitu busuk dan hancing, lalu dia mendongak ke atas pokok. “ Cilaka kau kero, tiada tempat lain ka kau mau kencing, Natey kero hanying” sumpah Hamid sekuat hati. “Allah, aku bermimpi rupanya”. Mungkin kerana terlalu letih bekerja, Hamid terlupa untuk mandi wajib lantas menjadi tumpuan pada syaitan-syaitan untuk menggangu hidupnya.

Wednesday, May 13, 2015

Aku Dah Kahwin ? Cerita Aku kahwin



Mase dudok atas bantal berhadapan dengan Tok Kadi, tetiba aku terfikir, "Ya Allah, ape aku buat ni ?"

.........

Mase tu kiteorang tengah buat FYP dkt MCD S19 Shah Alam dalam bulan 12. Tengah aku kusut nak buat data SPSS tu, tetibe la aku tanya dia. "Nikoh nok ?" dgn nada berseloroh dia kata "Bereh'. Masih ingat aku bergurau. N mase tu aku ingat die serius dah. aku pun mlm tu terus la buat Istikharah. Alhamdulillah, Keesokan Harinya aku Call ayah aku. ...

"Ayoh, anih nok nikoh buleh ?" "Buleh, pikir molek doh ko?"
"Hbis pikir doh yoh, Istikharah buat doh""Budok mano?" "Ore kelate, budok bachok, bilo ayoh nga mok nok mari keleh ?" "Bule depe ayoh g KL kito gi keleh".Mase tu Family lisa ada di KL. N kebetulan most of her siblings live around KL.

Bile ayah aku ckp mcm tu, aku terus bukak lagu frozen, aku nyanyi,, let it go let it go sambil menari ballet sambil air mate keluar ckit.. ckit je la. Mlm nye mcm biase, buat FYP. Aku gtau la dkt lisa, "ambo oyak doh ko ayoh nok nikoh nga demo" "Karut Mu ni" Haha.. die dah gelabah"guano la ni, ingat demo gurau" "xdey nok gura eh, nok nikoh lolo doh ni"....."Ejah la, family ambo nok jupo bule depe di KL, Bereh ?" "Ok, nati ambo ejah" Die pun gtau la kawan die tgh buat fyp sebelah , ha sudohh la aku wei2, nikoh doh la kalini"

Nak dijadikan cerita, ye memang betul die budak kelas aku, tapi sepanjang jd Classmate, jarang benor aku bertegur sape dgn die, yelah, aku kan hensem, kire jage standard la kan.. kan kann.... haha.. Paling kerap perbualan dalam kelas pun " Anih, po skalo la, sandwich telor 5, Tuna So" and perkataan yg aku cakap "bereh" kire bende tu jela aku bualkan, sandwich bereh......

Untuk pengetahuan semua, sandwich aku jual di kelas tu Sandwich yg pling sedap dalam dunia. AKU SYAK MUNGKIN SEBAB AIR TANGAN AKU NI DIE SETUJU NAK KAHWIN DGN AKU. Ehhhhh... Pendek kate, Aku mule2 kenal lisa, awal bulan Disember 2013. and 31st december 2013, die la org pertame selain ayah ibu yang menghadiahkan kek sempena hari jadi aku, dan xde hadiah bermakna selain daripa Persetujuannya Untuk Menikahi Diriku...... Jiwang x ?

Mase yg ditunggu telah tibe, parents aku dh sampai KL beberape hari"Xsilap aku hari ahad haritu. Kebetulan anak sdare ayah aku duduk satu taman dengan rumah kakak die(Destinasi Perjumpaan) "Mak aku call la"Ram, sibuk ko pagini ? kalu xsibuk paka baju comey2 ckit g rumoh alamat ni.." Settle beli kek, kiteorang pun gerak la ke Gombak, aku kakk n laki die n ayah ibu. Sampai la ke tempat nak dituju tu. "Assalamualaikum" aku ketuk pintu masuk dengan sikat rambut gaya pacak pakai spec n baju acah2 bodyfit sebab nak tunjuk aku xgemok kan dkt bakal mertua.Tp bdan aku memg tough jgk la pun time tu. kan..

Sepupu lisa jadi Jurucakap "Hom, kalau ikut tarikh yg diorang nak (Mac kalau aku xsilap, memg nak kawen sgt sampai plan b kiteorang nak g siam.. hahaha.) memang xsempat la nak buat persiapan" sambil2 tu xsmena mena spupu lisa ambik Kalendar belek2 la tarikh yg sesuai.
Ayh aku ckp"betul jgok tu, ni pun bulan satu doh, tapi kalau bulan 5/6 ok la" "Haaa, ni elok ni tarikh ni,(dengan loghat perok die) 1 Mei 2014, Hari buruh hari tu, Jumaat plk tu" "Elok jgk tu, 1 Mei hari Jumaat" "Oklah, jadi tarikhnye 1 Mei, yg lain2 tu biar anip dgn lisa la bincangkan dok ?"

" Alfatihah, Spupu lisa bace doa selamat. Pastu kiteorang makan. Sebenarnye niat datang haritu memang aku n lisa tau dah nak berkenalan je dengan Keluarga masing2. Tapi kehendak Allah mengatasi segalanya, Spupu lisa tu mungkin terlupa ke ape, xckap bunge byk2 terus tanye tarikh dengan ayah.. aku pun ape lagi,,, Melompat2 aku atas sofa kakk ipar aku, panjat meja makan joget atas tu.. Perasaan aku la, macm nak buat macam tu.

Selesai penetapan tarikh, aku n lisa masih lagi merahsiakan hal sebenar dari kawan yg lain sehinggalah awal bulan 4. Ramai jgk la yg frust sebb aku kawen, Misha omar antarenye sampai terus decide nak nikah  tarikh yg same aku n lisa nikah. Budak kelas semua xtau kecuali kawan baik aku 2 org tu. Sebb masih awal, takut xjadik. Dan aku buatlah revision ckit. Ape yg pling meyakinkan aku, Bile dengar ceramah Ustaz Kazim, Nak Kawen kene ade 3 Bende ni

1)Ilmu
Penting nya Ilmu spy kita tahu, TANGGUJAWAB SEORANG SUAMI/ISTRI .WAJIB.

2)Mampu
Mampu yg dimaksudkan dari segi batinnye. Bukan Uang

3)Akhlak
Ni yg paling penting sebab kalau xde akhlak, yg lainnye xboleh digunapakai. sebab dari akhlaklah lahirnya toleransi paham memahami etc.....


Memang aku kawen ni aku kerja pun xde, harap duit makbapak adik beradik, n aku xtau la mcm mane Lisa boleh terime aku mase tu dan aku bersyukur sgt, Isteri aku sanggup hold on dan percaya yg aku akan jadi lebih baik selepas Kawen.  aku yakin, Allah kate Kahwinlah, aku akan bagi rezeki pada kamu. Aku pegang teguh dengn ayat ni, Terus terang aku pernah jgk buntu, setahun duduk di kelantan,
tapi Ingat, Pertolongan Allah amatlah Dekat.

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga."
Alhamdulillah, selepas kahwin walaupun dapat kerja yg xstabil, tapi Alhamdulillah, Cukup.
Alhamdulillah pade hari aku lulus Temuduga di ISN, haritu jugak Allah bg khabar berita gembira lisa mengandung. Nikmat ape lagi yg aku nak dustakan?

Alhamdulillah, berkat penat lelah dan pertolongan serta doa dari keluarga dan sahabat, Pade 1 Mei tengah duduk Berhadpan dengan tok kadi  "Ya Allah, ape aku buat ni ?"


"Semoga Segala Urusan Kita Dirahmati Allah, Amin"

i lap u.

Tuesday, July 22, 2014

Diploma Sains Sukan/Pengajian Sukan/Sains Senaman

Terdapat beberapa institusi yang menyediakan program Sains Sukan di peringkat Diploma sama ada kerajaan atau swasta. Memandangkan Entry kali ini , aku sudah berkhidmat di Kolej Islam Sains & Teknologi, jadi berdirinya saya disana mengambil kesempatan untuk mempromosi Program Diploma Sains Sukan.

Tidak dapat dinafikan KIST mengalami kemerosotan pada bulan2 yang lepas. Namun kini, Alhamdulillah situasi sekarang semakin menampakkan perubahan yang lebih baik. Untuk pelajar yang ingin menceburi bidang Sains Sukan, saya mengalu alukan kedatangan kalian di tempat kami.

Untuk pertanyaan lanjut, Boleh berhubung terus dengan saya melalui email anipaku@gmail.com atau call shj di Talian 0145965942 (Celcom ye, kredit kene telan call aku jgn marah).....

Saturday, February 9, 2013

Gelanggang Badminton HR, Kini Dibuka!!!



Lokasi: Lot.3548 KPG KUBANG RAWA, Simpang sebelum Kedai Makan Jungle Tomyam, Berdepan Dengan Erup Sup Belut.

Waktu Urusniaga: 9 Pagi- 12 Malam

Kapsiti : 4 Gelanggang

Jenis Lantai: Getah

Hubungi kami ditalian 0168781237,TN. HJ Hasan.. 0145965942.. Hanif.. 0168737460.

Tuesday, November 27, 2012

TIPS BUANG LEMAK (CV Training)




Intensity and Duration (Intensiti & Durasi)


Untuk berjaya. Kita harus menetapkan matlamat. Setiap matlamat ada jalannya yang tersendiri. Dalam senaman, seperti larian di Tasik Shah Alam bersama kekasih, mahupun mencari kekasih, berbasikal, berenang dan sebagainya, 2 penanda aras ini adalah perkara yang AMAT penting tuntuk anda ketahui iaitu;

  1. Intensiti
  2. Durasi
Intensiti
  • ianya merujuk kepada kadar denyutan nadi anda. Semakin tinggi denyutan nadi, maka tinggilah intensiti atau dengan kata lain, kadar kerja.
  • Kadang kala, dengan meletak tekanan yang lebih pada tubuh (intensiti) bukanlah cara yang terbaik untuk mencapai matlamat latihan/senaman anda. 
  • 220-Umur. Ini adalah formula untuk mendapatkan kadar denyutan nadi maksimum untuk anda.
  • Bacaan ini penting untuk memastikan anda berada di zon mana. 
  • Untuk memudah bacaan dan panduan senaman, gunakan jam yang boleh mngesan nadi etc.
  • saya pasti ramai yang tertanya-tanya zon apakah yang saya merepek ini ? 
Contoh.

Umur: 21
Age Predicted Heart Rate Maximum APHR: 220-21= 199 BPM

Kadar Intensiti (%)

50-59 | Amat Ringan
60-69 | Ringan
70-79| Sederhana
80-89 | Berat/Tinggi
90-100 | Maksimum

Contoh cara kiraan: 

Ali, (21)sedang berlari mengejar isterinya, lalu berhenti dan mengira nadinya.

140/199 x 100 = 70%  Sederhana 

Durasi
  • Durasi merujuk kepada tempoh senaman yang anda lakukan. 
  • Dalam sains sukan, Peluh dan ketiak yang masam bukanlah penentu segalanya.
  • Tempoh senaman adalah penting kerana "reach this level, or you gain nothing'
  • telah banyak kajian tentang durasi/tempoh masa dan kesannya terhadap sistem tubuh badan. 
  • Contoh: Lemak akan dibakar hanya selepas 25-30 minit sesi senaman dengan intesiti 60-69%. Jika kurang, tenaga yang digunakan diperolehi daripada simpana karbohidrat, bukanlah lemak. 
  • Pendek kata, jikan anda ingin membakar lemak, dan hanya 'jog' selama 15 minit. Maka peluh sahajalah yang ada dapat. 

50-59 | Amat Ringan       Tempoh| 20-40 Minit
60-69 | Ringan                Tempoh| 40-80 Minit  ZON PEMBAKARAN LEMAK, JENDUL PERUT
70-79| Sederhana           Tempoh| 10-40 Minit
80-89 | Berat/Tinggi        Tempoh| 2-10 Minit
90-100 | Maksimum        Tempoh| Kurang dari 5 Minit